Favourite Blogger

Canggih Sungguh! Makin Mudah dan Senang

Musim hujan ni memang banyak la kain-kain yang tak kering. Tak basuh nanti bertimbun-timbun pulak. Asal sidai kat luar tak dan nak kering, hujan pulak. Zaman sekarang ni semua dah mudah. Dah senang kalau ada yang mudah, memang nak mudah terus. Kalau boleh basuh-kering-lipat. Aku amik susun masuk dalam almari jek! wahahaha..mudah sangat tu. Nasib ada dobi layan diri. Biasanya aku basuh kain kat rumah, then pegi dobi keringkan aje. Tak payah nak berumah tangga kat situ lah. Pi kering dalam 30minit gitu, dah siap. Aku memang tak suka nak menunggu. Biasa nya kalau nak kluar beli barang-barang dapur, so, amik peluang la pi keringkan kain. Balik dari beli barang dapur, singgah dobi amik kain yang dah kering tadi. Senang! Balik rumah terus lipat.

Mak kata, orang dulu-dulu tak de benda tu semua. Nak basuh kain pi sungai/parit..laut! oooh tu tipu! Gila basuh kain kat tepi laut..ade ke! Tak pun kat tepi perigi. Angkut air sikit-sikit masuk dalam tempayan. Lepas tu basuh, berus, bilas pakai tangan. Nak dibandingkan dengan zaman sekarang, baru berus sikit dah lenguh tangan. Nasib berus gigi rajin! Kalau itu pun malas, huh! tak tau lah.

Bila sampai musim hujan, kain lembap. Nak keringkan pi iron. Iron pulak bukan pakai letrik tu. Ni ha, pakai bara api. Silap teknik, hitam la baju ko! sebab kena arang. Basuh kasut sekolah, kalau tak kering buat apa? pi sorok belakang peti ais sebab nak bagi kering. Esok nak pi sekolah kasut hilang tikus amik. Korang rasa tak zaman tu. Tak kan. Kasut basah, baju basah, terus bawak pi kering kat dobi selfish tu ha. Tak payah beriya nak iron, sorok belakang peti ais. Semuanya mudah, cepat dan sepantas kilat!

Anak-anak zaman sekarang memang tak rasa susah. Hantar info guna whatsapp kot. Cari nota tanya pakcik google. Zaman aku whatsapp memang tak ada. Tapi komputer yang besar dabak tu ada dah. Memang ayah belikan satu sebab senang nak cari info. So, budak-budak sekarang memang tak tahu pun erti susah tu apa. Sebab segala-galanya mudah. Nasik masak dalam rice cooker. Air guna heater. Iron siap ada steam iron lagi. Henpon Iphone, tak pandang yang jenis baling anjing mampus! Tak da standard konon! Beli barang, shopping pn online je trus sampai depan pintu rumah. Cukup mudah!

Tu lah segalanya di hujung jari. Silap guna, merana diri!