Favourite Blogger

Resepsi Cinta | The Akad Nikah Day

Preparation day...

Beberapa hari sebelum akad nikah, macam-macam preparation yang dibuat. Berinai. Hias-hias mana yang patut. Bahagi masa mana lagi time tu sibuk dengan report utk industrial training. Aku tak buat pun reception untuk malam berinai. Aku start cuti keje pun hari Jumaat. Hari khamis malam aku berinai. Semua mak-mak sedara yang tolong pakaikan.

So, esok hari nya, ade jugak jiran sebelah rumah datang menolong. Aku macam biasa, memang dari kecik suka sangat menghias. So, get ready untuk mini pelamin untuk akad nikah. Untuk photo shoot pulak wedding planner yang manage. Tema memang ikut sebijik macam apa yg di idamkan dari zaman kanak-kanak..Dah berangan. Dekorasi pelamin bertemakan tulip garden ala-ala fairy tale.

Bab-bab isi barang dalam goodies serahkan dekat jiran & family. Biasalah dorang kata, pengantin tak boleh buat keje berat-berat..huh! aku pedulikan. Buat jugak lah penjat-memanjat nya. Ketuk-mengetuk. Pada sebelah malam barulah wedding planner datang untuk pasang pelamin dan decorate bilik tidur.



Colour Theme : Hijau + Kuning 
Garden + Tulip Flower

The Akad Nikah Day...

Tiba hari nya, 15 Jun 2013. Jam 9 pagi. 
Ketibaan rombongan sebelah lelaki. Cuba teka mana en.husband? :)
Time ni dup dap dup dap. Tangan sejuk je.



Muka bakal en.husband nampak gugup + excited. Kecut weh! Sat lagi nak jabat tangan pak mertua..


Nampak tenang . Me is cucu 1st yang berkahwin . Kiri kanan tu sepupu .

Maka, bermulalah sesi akad nikah. Aku dinikahkan oleh ayah bersaksikan dua sahabat baiknya. Sesi membaca taklik oleh si suami dan isteri. Dan it's time to akad nikah...

Bismillahirrahmanirrahim....


" Azmyrul Hisyham B Wahab, aku nikahkan dikau dengan anak ku Nur Hazirah Bt Ahmad Yusof dengan mas kahwin RMxxxx tunai....."

En.husband : " Aku terima nikahnya Nur Hazirah Bt Ahmad Yusof, dengan mas kahwin RMxxxx tunai...

Sah! Sah! Sah!
Alhamdulillah. Terasa sebak di dada...




Bagaikan satu mimpi . Sah! Aku dah jadi isteri orang. Bermulalah fasa baru dalam kehidupan sebagai seorang isteri dan student. Sebak. Sebab lepas ni tak boleh tengok muka mak ayah tiap-tiap hari. Tak dapat rasa mak masak breakfast tiap-tiap pagi. Aduhh! Sedih.

Selesai aje husband solat sunat, upacara membatalkan air sembahyang la pulak.





Husband's Family

My Family

Terima kasih pada yang terlibat untuk menjanyakan majlis akad nikah saya! Hantaran? Opkos rahsia. Tak perlu lah nak bgtau kan. Nanti orang kata show off pulak. Diam-diam sudah.

Selesai sudah part 1, so, semua tetamu boleh makan. Mesti semua tengah lapor. Termasuk la aku. Bila jadi pengantin ni memang tak sempat nak makan. Sebab kejap lagi. reception untuk bersanding pulak. So, family sebelah husband lepas makan terus je balik nak bersiap-siap untuk 2nd reception pulak. Nasib la rumah dekat. 


Wait for the next part ya!

Lots of loves,
Azira Yusof