Favourite Blogger

Kifarah Buat Diri

Alhamdulillah . 
Tiga bulan dah pun berlalu . Dan dah nak masuk tahun baru pun . Tahun 2016!
Waktu petang macam ni . Terasa nak menaip sesuatu . Bawak notebook keluar beranda
dan duduk di sini sambil merenung ciptaan Allah satu persatu . Burung terbang bebas sahut-menyahut bila bertemu sesama burung yang lain . Bertanya khabar barangkali . Bangunan TreeTops makin lama makin berseri-seri . Mungkin projeknya dah hampir nak siap . Sunyi kawasan ni bila waktu begini . Almaklum lah kawasan perumahan baru . Mungkin penghuni di sini majoriti nya bekerja . Jarang sekali nak tengok si kecik bermain-main di taman . Ohh! seronok kan bila ada anak .
Insha Allah! Satu hari pasti aku juga akan merasai nya .  Allah Itu Maha Mendengar . Setiap aturannya adalah yang terbaik buat kita . 

Aku merenung lagi . Bukan termenung tapi memerhati . Cantik sungguh cuaca hari ini . Berangin dan tak panas seperti selalu . Kadang-kadang waktu petang begini mesti hujan . Indah dan kagum dengan ciptaannya . 

Terdetik sesuatu di akal fikiran . Memikirkan sesuatu .  Sesuatu yang sangat merunsingkan akal .jenuh berfikir . Masih juga tiada jalan . Dari dulu sampai sekarang hanya itu yang dirunsingkan . Sesuatu itu tak pernah cukup . Bila ada pasti nya kelain . Selesai satu datang pula sesuatu yang lain .
Puas berusaha tapi masih juga sama . 

Ya! Mungkin itu kifarah buat diri . Kifarah atas sesuatu yang dah dilakukan kerana nafsu . Kerana terlalu mengikut hasutan syaitan . Hanya memikirkan keduniaan . Lupa yang mati itu pasti . Ada kehidupan selepas mati . Astaghfirullah! Sungguh aku lupa! Jahatnya si Qarin menghasut manusia supaya leka . Leka bersama perkara-perkara yang lagha . 

Sedar ! Sedar diri !
Ujian yang sangat berat menimpa diri . Ya! Kifarah buat diri barangkali . Supaya sedar di mana silap nya . Muhasabah diri . Berfikir sedalam-dalamnya . Banyak nya dosa yang aku dah lakukan . Tipu! Tipu kalau aku kata aku tak pernah buat dosa . Manusia tu tak sempurna . Terima hakikat yang manusia tu tak sempurna . Sering melakukan dosa . Seringkali leka lupa dan alpa . Ya! Marah dengan diri sendiri . Teramat marah! . Leka dengan keseronokan dunia sampai lupa tanggungjawab diri .
Astaghfirullah! ini semua kifarah buat diri! 

Aku harus bangkit! Bangkit dari menjadi seorang pendosa . Ayuh! Kuatkan hati . Lakukan satu perubahan demi perubahan . Bergerak ke arah yang lebih baik . Peduli apa yang orang nak kata . Tapi ambil peduli apa yang Allah dah tentukan . Bertaubat . Lupakan silap yang lalu . Bangkit dan terus berusaha ke arah yang lebih baik dan diredhai . 

Allah itu Maha Pengampun . Maha Melihat . Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . 
Berdoa dan terus berdoa . Susah macam mana sekalipun . Berdoalah ! Mengadulah dengan DIA!
DIA yang Maha Mendengar . Cepat atau lambat pasti akan dikabulkan setiap permintaan . 
Sabar! Aku harus sabar! 

Kuatkan hati! Kuatkan semangat! Ya! Aku Mahu Berubah!

P/s : Kalau kita BERUBAH jadi lebih baik kerana Allah, maka Allah akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama-sama kita!


 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..Usiaku..

Daisypath Anniversary tickers